Pertubuhan
Apakah yang dimaksudkan sebagai ahli ARMADA. Pemuda progresif yang berpegang teguh pada prinsip Bumiputera bermaruah.
5 tears buddy ARMADA. Dalam usaha mencapai Visi & Misi ARMADA, 5 teras budaya perlu diterapkan dalam kalangan ahli-ahlinya bagi memastikan kelancaran perjalanan menuju cita-cita tersebut.
Mengamalkan integriti yang tinggi dalam menggalas tugas yang diberikan.
Sentiasa bertanggungjawab terhadap hasil yang diperolehi tanpa menyalahkan pihak lain.
Sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan pihak lain dan juga terbuka menerima pujian dan kritikan membina untuk tujuan penambahbaikan.
Keberanian adalah pakaian pemuda. Ahli ARMADA perlu berani tampil mengemukakan pendapat, mempertahankan hak dan memberi kritikan.
Melaksanakan tugasan dengan cara yang tersusun. Bermula pada peringkat perancangan, pelaksanaan dan dokumentasi.
Rimau | Inisiatif untuk menyahut wawasan Tun M untuk kembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia. Membina jaringan di seluruh Malaysia bagi membantu dan memudahkan ahli menyumbang kepada wawasan tersebut.
Tuah | Program perkaderan dan pemantapan roh perjuangan BERSATU melalui latihan-latihan ilmiah dan aktivisme di lapangan untuk membangunkan akar umbi anak muda Bumiputera di seluruh negara.
Untuk kedua-dua projek ini satu “task-force” akan diwujudkan di peringkat pusat yang melibatkan ahli dari setiap negeri untuk melakukan kajian, “facts findings” dan “road tour” sebelum mengeluarkan “blue print” bagi setiap projek.