Category Archives: Berita Armada Bersatu

ARMADA BERI DAP SEMINGGU DISIPLINKAN RONNIE LIU

KUALA LUMPUR : Kenyataan Ronnie Liu yang mengatakan PH tidak perlukan Bersatu adalah kenyataan yang biadap dan tidak menghormati keharmonian diantara parti komponen dalam Pakatan Harapan. ARMADA BERSATU seluruh Malaysia mendesak DAP untuk mendisiplinkan Ronnie Liu atas kebiadapan ini. Kami memberi masa sehingga satu minggu untuk Ronnie Liu memohon maaf atau pimpinan DAP disiplinkan beliau. […]

Desak Waytha undur: Syed Saddiq jawab Ramasamy

ULASAN | Saya tidak masuk politik untuk play safe. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara. Saya bersedia untuk diambil tindakan jika perbuatan saya salah. Saya tidak akan memohon maaf hanya kerana berterus-terang. Saya cadangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang […]

Armada Perak sifatkan dakwaan Ramasamy tidak berasas

IPOH 21 Dis. – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Perak menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy yang mendakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘menghina’ kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menentukan barisan Kabinet merupakan tuduhan tidak berasas. Ketua Armadanya, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh berkata, kenyataan Ramasamy yang […]

Saring pemimpin Umno sebelum masuk PH

SHAH ALAM – Kerajaan PH perlu menyaring setiap individu atau pemimpin ‘lompat’ sebelum membenarkan mereka menyertai mana-mana parti komponen gabungan berkenaan. Ketua Armada Bersatu Selangor, Adhif Syan Abdullah, berkata, pihaknya mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam PH dalam membina Malaysia yang lebih baik namun bukan bermakna ia perlu diberi jalan mudah. “Saya menyambut baik kemasukan pimpinan […]

Skandal Tabung Haji, Asyraf Wajdi pergi mana? soal ARMADA Bersatu

Menteri-menteri yang bertanggung jawab terhadap Tabung Haji, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu salah guna kuasa dilakukan bekas pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketua Penerangan ARMADA, Ulya […]

ICERD: Jangan pandang mudah sentimen pribumi, amaran PPBM pada menteri

PETALING JAYA: Pemuda PPBM memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berhubung ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), mengatakan jangan pandang mudah sentimen masyarakat pribumi. Exco Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata negara tidak patut mengejar polisi itu ketika isu-isu asas belum dapat diatasi seperti rasisme dalam […]

Lagi laporan minta SPRM siasat skandal tapak bazar Ramadan

AHLI Majlis Tertinggi PPBM, Dr. Muhammad Faiz Na’aman (dua dari kanan) bercakap kepada pemberita mengenai isu penyalahgunaan kuasa politik oleh seorang pemimpin Pemuda parti itu berhubung sewa tapak bazar Ramadan di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. – UTUSAN ONLINE/ ZAKI AMIRUDDIN Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lagi-laporan-minta-sprm-siasat-skandal-tapak-bazar-ramadan-1.692883#ixzz5aOxxxSWE © Utusan Melayu […]

X