Sayap Anak Muda BERSATU

Membangun Negara, Membina Masa Depan Malaysia

INISIATIF ARMADA NASIONAL

A'BRO

A R M A D A B  R O T H E R H O O D  R I D E R S  O R G A N I S A T I O N

Terdapat kecenderungan serta trend masa kini bilamana pemilikkan motorsikal menjadi sebahagian daripada gaya hidup daripada masyarakat kita.Bancian secara rawak telah menemukan begitu ramai penglibatan anak muda yang memiliki motorsikal tetapi hanya melayan minat serta hobi berkenaan secara bersendirian.Jesteru hasil pertemuan dan cambahan idea maka terbit satu cadangan agar semua anak muda dan masyarakat yang memiliki motorsikal disatukan di bawah satu organisasi agar aktiviti menunggang motorsikal ini dapat di satukan dan diselia kawal dengan lebih teratur

AKSARA

Medan menyuntik doktrinisasi gagasan MALAYSIA PRIHATIN dengan teras menjadikan MELAYU-BUMIPUTERA yang punyai prinsip BERSATU, BERMARUAH, BERINTEGRITI; Penerapan agenda MELAYU BERPROGRESIF sebagai kesediaan siasah anak pribumi untuk lebih berdaya saing dan menjayakan agenda INTEGRASI NASIONAL yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan; Memberi kefahaman mengenai sejarah dan langkah perjuangan memartabat institusi Islam, Melayu dan Raja-Raja (IMR) dalam cabaran semasa; Sebuah platform sebaran Ilmu Siasah dan Kepimpinan dalam program pengkhususan sebelum diintegrasikan ke medan atau lapangan yang lebih besar.

MAHASISWA UNITED

Melalui penubuhan persatuan "Mahasiswa United" adalah diharapkan nilai dan budaya perpaduan negara dan masyarakat dapat diterapkan dalam kalangan anak muda terpelajar di negara ini yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.

ARMADA BiZ

Usahawan serta keusahawanan amat sinonim dengan Masyarakat Malaysia yang juga melibatkan hampir keseluruhan Ahli ARMADA di seluruh negara. Biro Keusahawanan membantu ahli dalam memulakan perniagaan , memantapkan perniagaan serta mengembangkan perniagaan dengan mewujudkan kursus berkaitan perniagaan yang boleh dijalankan di dalam dan luar negara. Inisiatif Armada Biz mewujudkan direktori Usahawan Armada di seluruh Malaysia.

TASK FORCE

Ditubuhkan sebagai sebuah skuad bertindak khas dibawah seliaan terus oleh ARMADA BERSATU Malaysia. Fungsi ARMADA Task Force (ATF) ialah supaya menjamin kesediaan kepimpinan dan ahli-ahli ARMADA untuk digerakkan bagi menjalankan Misi Bantuan Bencana atau aktiviti-aktiviti pasca bencana. ARMADA Task Force telah digerakkan kepada beberapa misi sepanjang penubuhannya iaitu Misi Bantuan Banjir di Pantai Timur pada Disember 2020 dan di negeri Melaka pada Oktober 2021.

ARMADA CARE

Ditubuhkan sebagai sebuah skuad bantuan prihatin kepada ahli-ahli ARMADA BERSATU seluruh Malaysia yang terlibat dalam keadaan dan situasi yang tidak disangka. Armada Care mempunyai inisiatif crowdfunding bagi memupuk sifat sedekah serta amal jariah yang amat penting dalam membentuk  insan.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Diselenggara oleh PERDANA - Penerangan ARMADA Nasional.