“GUGUR” – Adakah Tan Sri Presiden juga layak digugurkan?

BEGINILAH, andai 10.2.2 dan 10.2.3 menjadi ‘nas’ kepada konon tergugurnya ‘PENGASAS UTAMA’ yang juga teraju utama BERSATU, kami ahli di bawah ini punyai segala hak MEMPERTIKAI dan menghalakan kembali klausa yang sama ke atas YAB, Ayahanda TS Presiden dan konco-konco atas ‘langkah’ sejak dari mula yang nyata bercanggah (biarpun tidak diterjemah dari kedudukan kerusi dalam parlimen) tetapi perbuatan ‘mengatur’ (yang boleh dipertikai) lebih awal ‘bersama blok pembangkang’ sebegitu merencana sehingga perlakuan itu turut menjadi penyebab jatuhnya sebuah kerajaan yang sah jelas boleh dipersoalkan, sekaligus kedudukan TSMY dan yang lain lebih awal seharusnya tergugur! (Dalam pada ketetapan MPT menyerahkan kembali mandat kepada Tun selaku Pengerusi untuk tidak keluar dari PH)

.

Hujah tergugur dengan gunapakai 10.2.2 dan 10.2.3 atas alasan berada di blok pembangkang juga adalah lemah, cukup sekadar mampu memainkan persepsi namun tersasar dari segi hakikat;

.

1. Hakikat pertama adalah menerusi Peraturan Parlimen, ini kerana MP jelas boleh pilih mana-mana kerusi yang dia ingin berpihak (dalam konteks berkerajaan) dan ia tiada kena mengena dengan parti sebenarnya biarpun ‘diklusterkan’, ditambah kedudukan kerusi itu pula dari apa yang termaktub, sebenarnya merupakan hasil ketetapan Tuan Yang di-Pertua Dewan berdasarkan Peraturan 2 dari buku PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT sidang Dewan Rakyat. (ambil contoh, kalau menyokong atau membantah sesuatu usul dari perbahasan e.g UNDI 18 yang dapat sokongan penuh ahli dewan kecuali yang tidak hadir, jadi adakah bererti tiada pembangkang dah semua sokong usul kerajaan) JELAS JUGA DI SINI, DI PARLIMEN, TERMASUK TS PRESIDEN ADALAH WAKIL RAKYAT, BUKAN WAKIL PARTI.

.

2. Dari itu, umum juga mengetahui, tiada perlakuan secara jelas yang dapat diabsahkan sebagai menyertai mana-mana parti politik kerana tidak seorang pun dari pimpinan yang dikatakan ‘tergugur’ ada menyertai mana-mana parti politik. Maka bagaimana 10.2.2 & 10.2.3 boleh tergunapakai melainkan sebuah pernyataan falasi dan seleweng dari seorang Presiden yang seharusnya dihormati.

.

3. Berada di ‘kononnya’ blok pembangkang kerana masih samar ketetapan suara majoriti parti ini sendiri dalam sebuah teraju kerajaan yang turut dipersoal ‘legitimacy’ atau keabsahannya turut menyebabkan sandaran 10.2.2 & 10.2.3 tidak tergunapakai atau boleh dipersoal. Ya kita menjunjung titah YDPA! dan secara konstituennya pilihan YDPA adalah sah. Namun masih separuh masak / separuh siap kerana belum mendapatkan pengabsahan secara total dalam Dewan Rakyat dari wakil-wakil yang mewakili rakyat.

.

4. Selain itu, tindakan parti selama ini yang memilih Perikatan Nasional hanyalah tingkah atau permainan pemimpin ‘peringkat atasan’ semata, sedang ianya bukanlah satu suara pungutan yang disahkan sebagai suara akar umbi. Ingat kita orang BERSATU tidak diajar untuk menjadi ‘Pak Turut’. Kerana itu kami akar umbi menyeru supaya diadakan sidang mesyuarat khas/tergempar (EGM) setidaknya (atau biar pemilihan yang menentukan) bagi mengesahkan pungutan suara majoriti akar umbi dan dari ketetapan itu andai berpihak kepada kepada TS Presiden maka atas semangat organisasi secara doktrin suara bersama, semua ahli malah yang berbeza pandangan perlu akur kerana ianya diadakan dalam memaknai semangat demokrasi. Maka ketika itu andai ada yang buat suka hati ikut kepala, barulah layak dikenakan tindakan! Atau boleh sahaja kita kita tunjuk jalan keluar dari Parti BERSATU.

.

Namun jika itu semua tidak dapat dilunaskan, maka kami ahli selaku suara teramai punyai hak samada memaknai demokrasi sebegitu mempertahankan MARUAH BERSATU sepertimana yang kami rasakan baik dan betul demi perjuangan bukan sahaja untuk parti, sebegitu demi Negara, Bangsa dan Agama yang tercinta! Ya parti ini mungkin ditubuhkan oleh Ayahanda Tan Sri Presiden, tapi kalau tiada ahli, tiada sokongan, tiada hala tuju maka ianya sekadar sebuah nama, jauh dari punyai roh atau wadah perjuangan!

.

ANAK BANGSA, MELAYU BERSATU YANG MERDEKA!

.

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR

AHLI BERSATU ‘00000141’

Exco ARMADA Nasional

30 MEI 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X