Bermula 9 Mei 2020, sumbangan ARMADA Prihatin mula diagihkan ke seluruh zon utara meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Sebanyak 100pek diagihkan ke setiap bahagian ARMADA untuk diberikan kepada ahli-ahli ARMADA bahagian.
Pek Sumbangan Prihatin ini mengandungi bahan asas makanan dan diharapkan agar dapat membantu ahli-ahli ARMADA yang memerlukan.
Sekalung penghargaan kepada pihak TheLorry.com yang sudi bekerjasama dan memberi tajaan penuh kepada setiap penghantaran yang dilakukan di setiap negeri dalam membantu mereka yang memerlukan.