SETIAUSAHA AGUNG BERSATU SANGKAL DAKWAAN RADZI JIDIN

7 MEI 2020

Kenyataan Media

Dato’ Marzuki Yahya

Setiausaha Agung

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

1. Saya selaku Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini bahawa Pengerusi BERSATU, YB Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani Kenyataan Bersama Pakatan Harapan, BERSATU dan Parti Warisan Sabah bertarikh 4 Mei 2020.

2. Saya ingin menegaskan bahawa hanya dua perkara yang amat jelas diputuskan pada mesyuarat terakhir MPT sebagai badan eksekutif tertinggi BERSATU pada 24 Februari 2020 yakni:

i) sebulat suara menolak perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi , dan

ii) sebulat suara menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri.

3. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang bermesyuarat pada 23 Februari 2020 ingin saya ulangi bahwa tiada keputusan secara rasmi untuk Bersatu keluar daripada PH, walaupun perkara tersebut dibahaskan tetapi pada akhirnya keputusan sebulat suara memberi sepenuhnya kepecayaan kepada YB Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi untuk membuat keputusan.

Maka, kenyataan bahawa kononnya keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi adalah untuk BERSATU keluar dari PH adalah tidak tepat dan salah sama sekali.

4. Ingin saya peringatkan Pemimpin utama parti dan kuasa mutlak untuk memimpin BERSATU adalah YB Tun Dr. Mahathir selaku Pengerusinya, selari prinsip kedaulatan undang-undang dan perlembagaan parti. Segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir sebagai penyandang jawatan pengerusi.

5. Ia selaras dengan Fasal 16.2 parti bahawa tugas-tugas pengerusi adalah menjadi pengerusi dan pemimpin utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran serta dasar parti. Pengerusi juga mempunyai kuasa memanggil dan mempengerusikan mesyuarat MPT.

6. Dan ingin saya jelaskan BERSATU TIDAK pernah menamakan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Justeru itu keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen BERSATU tidak boleh merubah ketetapan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi dan keputusan Bersatu tidak terikat dengan keputusan itu.

7. Menjawab dakwaan Mohd Radzi, saya menegaskan di sini bahawa MPT BERSATU tidak pernah sama sekali bersetuju untuk parti mengadakan sebarang hubungan dengan UMNO dan PAS serta tidak ada keputusan atau perbincangan secara rasmi untuk mewujudkan Perikatan Nasional (PN) dan menubuhkan kerajaan bersama.

8. Malah, MPT BERSATU dalam mesyuaratnya terakhir pada 23hb Feb dan 24 Februari 2020 itu tidak pernah membuat keputusan untuk BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan atau tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan kerjasama dengan gabungan tersebut.

9. Dimana salah laku yang dilakukan oleh YB Tun Dr Mahathir yang melanggar peraturan parti sehingga boleh menggugurkan keahlian beliau, sebagai seorang Ahli Parlimen Langkawi beliau berhak memutuskan apa jua keputusan berladaskan mandat yang diberi oleh rakyat pengundi di Langkawi.

Kenyataan bahawa gugur keahlian secara automatik Menurut fasa 10.2.3 adalah tidak terpakai lansung.

10. Persoalan saya kepada Mohd Radzi ialah siapa yang melanggar keputusan MPT BERSATU? Dimanakah kenyataan YAB Dato seri Mukhriz yang melanggar peraturan dan keputusan Parti yang di bolehkan keahlian nya tergugur.

11.Sepatutnya sebagai Ketua Penerangan yang berada dalam mesyuarat MPT, beliau seharusnya berpegang teguh kepada keputusan mesyuarat dan bukannya membelakangi keputusan yang dibuat.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X