BENARKAH “ASALKAN MELAYU”?

REVOLUSI MINDA MELAYU

Dalam 10-15 tahun ke hadapan (menjelang 2040). Pribumi Melayu-Bumiputera bakal mencapai populasi 2/3 tanah pusaka Malaysia dengan 70% kepadatan penduduk adalah KITA, ORANG MELAYU! Utamanya ‘ANAK MUDA’ MELAYU. Namun MELAYU YANG BAGAIMANA KITA LAHIRKAN?

Suatu masa inilah mantra ‘revolusi pemikiran’ yang disuarakan para pemikir ‘Jalan Telawi’ yang dipelopori Adiguru mereka yang pernah jadi degup jantung ‘IKD’ perihal reformasi anak bangsa; soal kemana hala tuju orang Melayu?

Maka suka saya bangkitkan pertanyaan ini, dalam hakikat orang Melayu yang sedang berkembang, adakah pemikiran kita juga turut pesat berkembang? Atau kita masih dibungkam serta hanyut hingga lemas dengan NEO-FEUDAL kononnya Melayu akan ‘terbangsat’ di tanahnya sendiri? Bayangkan 70% Melayu!

Sedang persona SANG PENGUASA MELAYU yang menanamkan ‘NEO-FEUDAL’ mengalunkan irama asyik mengkhayalkan khalayak Melayu dengan rentak pembodohan mereka ke atas anak bangsa, Sang Penguasa terus mencatur soal pengekalan ‘Status Quo’ dengan hanya bicara soal projek dan kuasa demi terus menjarah hasil bumi TANAH MELAYU INI! (secara “terpimpin”)

Sudahnya rakyat tetap hidup susah! Melayu sendiri tidak terbangun MINDA MERDEKA dengan perubahan, serta masih terbelenggu dengan ketakutan yang diwujudkan Sang Penguasa sedang ‘BANGSA LAIN’ terus berusaha menikmati hasil mahsul tanah ini dengan cara persaingan terbuka dan menjaga sesama mereka termasuk menuntut ‘hak selaku warga’ kerana tiada artikel khas yang memelihara keistimewaan mereka ini sebagai Rakyat Raja.

Walhal yang ada keistimewaan semua diragut pula oleh Melayu teratas yang punyai kuasa dan kedudukan dengan perbuatan TIDAK BERAKHLAK MENGKHIANATI TANAH PUSAKA INI SENDIRI! Bukti dari kajian SME Corporation Malaysia dan Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) pada 2015 ( rujuk http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/ringkasan_wawasan_kemakmuran_bersama/mobile/index.html#p=16) ; dari 1.1 TRILION yang diperuntukkan untuk pembangunan, bekalan dan perkhidmatan selama 20 tahun antara RMK7 – RMK10, 50% bererti lebih RM600BILLION kontrak diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera. Namun KURANG 9% sumbangan PKS Bumiputera kepada KDNK negara (terendah dalam tahun 2015)

Data-data ini adalah bukti paling jelas, agenda BUMIPUTERA telah dibelenggu oleh amalan rasuah dan salah laku serta pemesongan pengagihan dalam rantaian bekalan daripada tujuan asal untuk memperbaiki keadaan Bumiputera (dalam aspek ini adalah cakupan ekonomi), siapa yang khianat dengan ALI BABA-NYA? Dengan rasuahnya? Semua ini dilakukan oleh pemimpin SETAN yang bertopengkan perjuangan Melayu!

Tapi irama keramat kononnya ‘Asalkan Melayu’ adalah cukup khayal dan mengasyikkan! Sehingga rata-rata orang Melayu masih berada dalam dalam kegelapan dan ketakutan. Malah ketakutan ‘Melayu Terbangsat’ sebab orang lain adalah satu retorika pembodohan nyata pemimpin-pemimpin yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib bangsa kerana soal kemajuan orang Melayu itu sendiri bukan terletak pada tangan orang lain! Tapi di tangan kita sendiri ORANG MELAYU! Selaras firman ALLAH SWT:

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS. Ar-Ra’d: 11)

Ya! MELAYU PERLU TERUS BERKUASA! Dan kita akan terus berkuasa! Malah dengan dominasi kepadatan penduduk tidak masuk akal, tidak wajar malah pelik sekiranya Melayu kehilangan kuasa! Tapi pada siapa kuasa itu diberikan? Kepada MELAYU YANG BAGAIMANA?

Dan atas amanah apa kuasa itu dilunaskan? Bukan soal ekonomi semata, namun soal membina pemikiran dan peradaban bangsa, membangun anak-anak Melayu yang MERDEKA dan BERANI untuk sentiasa berada di hadapan bukan atas keistimewaan kita semata yang perlu terus dipelihara tetapi juga kerana merit kelayakan! Menjadi MERCU MELAYU! CONTOH KEBANGGAAN TANAH MALAYSIA, DISEGANI DAN DIHORMATI!

Hakikatnya bukannya orang Melayu yang perlu takut dengan orang lain di TANAH KITA SENDIRI! Kita orang MELAYU ternyata bangsa hebat! Maka perlu buktikan kehebatan kita dan berani! Bukannya terbelenggu dalam tawanan minda yang dibuat-buat mereka yang berkepentingan. Yang MELAYU perlu takut adalah dengan kejatuhan Melayu disebabkan sifat serta budaya pemikiran Melayu yang menolak kebenaran dan sanggup bergelumang dengan noda dan dosa serta pembodohan amalan pimpinan Melayu itu sendiri yang merosakkan santun dan maruah orang Melayu.

AKU BANGSA MELAYU! AKU BANGGA! AKU PERTAHANKAN MARUAH BANGSA!

AKU BERANI! AKU MANDIRI! MERDEKA!!!

#MercuMELAYU

#MalayRenaissance

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR

Ahli BERSATU 00000141

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X