ARMADA TOLAK UMNO, KEMBALI KEPADA PH

ARMADA Bersatu Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Exco-exco ARMADA, Ketua-ketua ARMADA Negeri dan Pengerusi BERSATU, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu masa depan dan kelangsungan parti.

Ahli-ahli mesyuarat telah berbincang dan pada akhirnya bersetuju untuk menetapkan pendirian rasmi sayap ARMADA.

Ahli mesyuarat ARMADA Malaysia dengan ini :

1. Menyokong penuh pendirian Pengerusi BERSATU, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

2. Mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihanraya Ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

BERSATU telah bersama Pakatan Harapan dari seawal perjuangan menyelamatkan negara. Susah dan senang akan kita hadapi bersama sebagai satu keluarga.

Pendirian ini adalah berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan dan dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak.

ARMADA BERSATU

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X