PN RAPUH, PEMIMPIN GILA KUASA

Merujuk kepada kenyataan terbaru Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, jelas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional hanyalah untuk mengagihkan habuan hasil daripada pembentukan kerajaan pintu belakang.

Dengan keadaan ekonomi yang merudum dan penularan wabak Covid 19 yang semakin membimbangkan, para pemimpin daripada parti komponen masih sibuk membicarakan soal pengagihan kuasa yang tidak langsung memikirkan kemaslahatan rakyat.

ARMADA menggesa supaya kempimpinan kerajaan Perikatan Nasional ini menumpukan fokus yang sepatutnya kepada rakyat di bawah memandangkan pergolakan ini menggangu proses pentadbiran negara sekaligus membuatkan rakyat lelah dengan pebagai polemik yang mengkucar kacirkan kesejahteraan negara.

Fokus.

Fokus yang perlu diberi perhatian oleh Perikatan Nasional kini adalah untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar prihatin khususnya kepada Melayu Islam seperti yang telah digembar gemburkan sebelum ini.

Fokus.

Fokus juga perlu ditumpukan kepada pembangunan negara dengan mempersiapkan negara bagi menghadapi keadaan getir ekonomi dunia sekaligus tidak menjadikan Covid 19 sebagai alasan semata-mata tanpa sebarang usaha pemulihan yang komprehensif.

Hannaan Khairy

Exco Armada Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X