UMNO JANGAN BIADAB!

Belum pun sampai seminggu usia kerajaan Perikatan Nasional ini, UMNO dilihat terlalu ghairah dengan kuasa dan terlalu biadab tanpa memikirkan perasaan rakan perikatan yang lain.

Kenyataan terbaru Azian Osman, Setiausaha UMNO Perak, jelas menunjukkan tiada kesefahaman antara rakan Perikatan Nasional. Bukan beliau tidak tahu, sekarang adalah minggu yang kritikal untuk Perdana Menteri memilih dan melantik anggota Kabinet Perikatan Nasional. Saya anggap beliau sengaja mencetuskan kontroversi sewaktu pemilihan jawatan-jawatan penting ketika ini.

Saya kira Bersatu sudah cukup berlembut dan berhemah dalam Perikatan Nasional. Tidak adapun kenyataan atau ucapan yang boleh mengguris perasaan rakan Perikatan Nasional.

Apabila Bersatu menyerahkan kerusi Menteri Besar Johor kepada UMNO, tidak ada ucapan merajuk atau tersinggung hati pun dari Perdana Menteri.

Apabila Perikatan Nasional Melaka secara rasmi menarik balik kerjasama dengan ADUN Bersatu, tidak ada suara sumbang dari Bersatu untuk bantah.

Sekarang, UMNO Perak pula cuba tunjuk belang dan persoalkan “Apa merit Bersatu nak MB?” sambil menuduh Bersatu ini tamak dan perlu guna akal.

Ini biadab dan kurang ajar.

Sebelum Perikatan Nasional, UMNO harus sedar bahawa mereka telah tewas besar dalam PRU14. Hampir musnah dan terkubur UMNO dari sejarah politik negara. Malah, UMNO tewas di negeri lahir parti, Johor!

Jika bukan kerana rasa kasih dan belas ihsan dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya ingin soal di manakah UMNO hari ini? Pasti bukan di Putrajaya. Ini saya pasti.

Sedarlah, mustahil Perikatan Nasional akan ditubuhkan tanpa Bersatu, dan sudah semestinya UMNO dan PAS yang sebelum ini pembangkang perlu berusaha keras untuk menjadi kerajaan.

MOHD ASHRAF MUSTAQIM

Exco ARMADA Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X