ARMADA KELANTAN CADANG HAJI HADI TPM

Melihat krisis pemilihan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu, ARMADA BERSATU Kelantan berpendapat bahawa semua pihak perlu menghormati perogatif Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia untuk menentukan siapa Timbalan Beliau.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO Kedah baru-baru ini tidak separutnya berlaku. UMNO tidak sepatutnya menekan Tan Sri Muhyiddin untuk memilih Zahid Hamidi selaku TPM.

Tan Sri Muhyiddin telah jelas, beliau hanya akan mengambil ahli kabinet yang bersih dan berintegriti sahaja. Maka, Datuk Seri Zahid Hamidi yang masih terpalit dengan skandal rasuah tidak patut diangkat menjadi pimpinan utama.

ARMADA Kelantan mencadangkan Tuan Guru Haji Hadi Awang selaku calon Timbalan Perdana Menteri bagi menggalakan pembangunan di negeri ini yang telah lama di sisihkan.

Asran Bin Alias
4 Mac 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X