PELIHARA KEBERSAMAAN, PEMUDA DAPSY PERLU HENTI BERMAIN API

Merujuk kepada kenyataan kecaman yang dibuat oleh tujuh pemuda DAPSY kepada YB Syed Saddiq, ARMADA mengingatkan kesemua komponen di dalam Pakatan Harapan supaya menghormati perjanjian peralihan kuasa yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden PH, tanpa bercakaran secara terbuka.

Walaupun Malaysia mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara untuk memberikan pandangan dan teguran, seharusnya ruang itu tidak digunakan untuk merobek kebersamaan yang telah terbentuk dalam gabungan ini.

Sekiranya DAPSY tidak pandai untuk mendisiplinkan ahlinya bagi menjaga kesepakatan dan keharmonian ini, kami di pihak ARMADA juga tidak akan memberikan sebarang jaminan ke atas serangan balas yang akan dilontarkan oleh akar umbi kami.

Pandangan YB Syed Saddiq dalam kenyataannya sebelum ini wajar dihormati sebagai Ketua Pemuda HARAPAN dan seharusnya kesemua parti komponen perlu mengambil serius atas seruan menumpukan usaha kepada pembinaan semula negara.

Disokong oleh,

1.MOHD AIZAD BIN ROSLAN (TIMBALAN KETUA ARMADA MALAYSIA)
2.ULYA AQAMAH BIN HUSAMUDIN (KETUA PENERANGAN ARMADA MALAYSIA)
3.RAFIQ HAKIM RAZALI (BENDAHARI ARMADA MALAYSIA)

EXCO ARMADA MALAYSIA:

  1. MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
  2. ABDUL HANNAN BIN KHAIRY
  3. MOHD FAHIM BIN MOHD FARID
  4. AZIZI BIN CHE SULAIMAN
  5. ZAINAL ABIDIN BIN SHIHAB
  6. MAHATHIR BIN MOHD RAIS
  7. MOHAMAD NADZRI BIN ABDULLAH
  8. MUHAMMAD BAZLI BIN ABD AZIZ
  9. DANIAL SYAHIRAN HO BIN IMRAN HO
  10. MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT AZAHAR
  11. MOHD MAHADI BIN MOHAMAD
  12. AMAR PARED BIN MAHAMUD
  13. NUR ALI NADZWAN
  14. MOHD FAIZ BIN NAAMAN

KETUA ARMADA NEGERI

  1. MOHD HAFEEZ MUBIN BUN MOHD SALLEH (PERAK)
  2. SYAZWAN FAHMI BIN BADRUL HISHAM (PERLIS)
  3. MUHAMMAD SHAMEER BIN MOHAMED SULAIMAN (PULAU PINANG)
  4. AKMAL ZAHIN ZAINAL (WILAYAH PERSEKUTUAN)
  5. RAMLAN BIN MEON (MELAKA)
  6. MOHD ISQUZAWAN ISRAQ (SABAH)
  7. MOHD AZIIM BIN MUSTAFA (NEGERI SEMBILAN)
  8. ASRAN BIN ALIAS (KELANTAN)
  9. MUHAMMAD IQMAL NIZAM BIN MOHD TAUFEK (PAHANG)
  10. MOHD SYAIFUL IRFAN BIN ANANG (TERENGGANU)
  11. SHAIFUL RIZAL BIN MOHD SALLEH (JOHOR)
  12. ALEXANDER ANAK FURSIS (SARAWAK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X