WEE KA SIONG TALAM DUA MUKA, TAK HORMAT INSTITUSI DIRAJA DAN ISLAM

Wee Ka Siong dan MCA disifatkan sebagai penderhaka kepada institusi raja-raja, pengkhianat negara serta membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

Exco Armada Nasional, Ashraf Mustaqim berkata Wee Ka Siong tidak sepatutnya mempersoalkan isu Rakan Siswa YADIM, yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk masuk ke sekolah-sekolah kebangsaan dan juga universiti awam bagi membantu meningkatkan kefahaman Islam di institusi tersebut.

Setelah penelitian, Biro Pendidikan ARMADA dan Parti BERSATU hari ini mengecam sepenuhnya tindakan Ka Siong yang mempersoalkan KPM atas keizinan tersebut dengan Wee Ka Siong turut menempelak Nik Omar Nik Aziz, Pengerusi Yadim atas inisiatif beliau untuk mengukuhkan lagi kefahaman Islam ke atas pelajar Islam di negara ini.

Tambahnya tindakan Ka Siong ini bukan sahaja bersifat rasis malah turut mempamerkan sikap ‘Islamofobia’ yang sengaja ingin menanam kegusaran ke atas ibu bapa bukan Islam khususnya kepada masyarakat kaum Tionghua dalam kemelut isu Jawi yang dibangkitkan oleh Dong Zong.

Perlu ditekankan tindakan cauvinis Wee Ka Siong ini juga bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang sekaligus mempertikaikan secara tidak langsung institusi DiRaja dalam negara ini.

Jelasnya Wee Ka Siong bebas untuk berbicara, namun mempertikai peranan penyebaran kefahaman Islam terutamanya ke atas umat Islam itu sendiri bertentangan dengan Hak Kebebasan Bersuara dalam Perkara 10 (4) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

” PERKARA 10 ; (4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Perenggan (a) Fasal (2), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian iii, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.”

Perkara 181 dan 12 yang terkait perihal kedaulatan Raja-Raja dan Islam dalam perlembagaan negara ini turut dipetik dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu ARMADA mendesak supaya Ka Siong memohon maaf kepada Yang DiPertuan Agong atas kenyataannya dan turut mengungkapkan kekesalan terhadap pemimpin rakan komponen daripada UMNO, yang dilihat seolah-olah bacul ketika Islam, Negara, dan Raja-Raja dihina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X