PEMBANGKANG CENDERUNG AMBIL KESEMPATAN, TAK PEDULI ISU RAKYAT – ARMADA

Tujuan pembangkang dalam mana-mana kerajaan di dunia bukanlah untuk ambil kesempatan terhadap isu rakyat, tetapi menjadi kuasa semak dan imbang dengan penuh tanggungjawab.

Setiusaha Armada Nasional, Redzuan Shafi berkata apabila ada perkara yang memerlukan kritikan dan tidak memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara, mereka perlu hadir dengan alternatif yang lebih baik supaya dapat memainkan peranan semak dan imbang yang efektif.

Datanglah sebagai jaguh yang membawa idea baru yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Bukan menjadi Pembangkang yang pengecut memperjudikan kebajikan rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang tidak bersetuju dengan Belanjawan Bantuan bagi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan Golongan Miskin yang akan memberi kesan terhadap bantuan kepada golongan ini.

Foto mStar

“Kalau gagal, ia kegagalan kerajaan, bukan pembangkang. Kami hanya ambil kesempatan membuktikan kerajaan ini lemah, itu tujuan pembangkang” – Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.

Tambah Redzuan, malang bagi Parlimen kita kerana Pembangkang hari ini meletakkan kepentingan politik mereka melebihi keperluan rakyat dengan memilih untuk menjadi populis tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, mendedahkan 28 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak bersetuju dengan belanjawan itu, membabitkan 23 daripada UMNO, tiga daripada PAS serta masing-masing satu daripada MIC dan MCA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X