MABA : UMNO MEMBISU, KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS

Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (ARMADA) mendesak kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan paling tegas ke atas penganjur Malaysia Basketball Association (MABA) di atas insiden bintang lima bucu pada bendera Malaysia yang tular baru-baru ini.

Setiausahanya Redzuan Shafi berkata, walaupun organisasi dan individu terbabit telah membuat permohonan maaf, hukuman tetap perlu dikenakan supaya ianya menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya tegaskan, kita sesekali tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja memperolokkan bendera kebanggaan, kehormatan dan kedaulatan negara kita, Jalur Gemilang. Alasan tidak sengaja sama sekali tidak boleh diterima.

Selepas insiden berkenaan, Presiden MABA Lua Choon Han yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA telah memuat naik satu kenyataan ringkas di laman facebooknya dengan menyatakan permohonan maaf.

Bagaimanapun muatan itu mendapat kecaman netizen kerana disifatkan sebagai tidak serius dan dilihat terlalu mudah dalam membuat permohonan maaf.

Disamping itu, Redzuan turut mempersoal peranan UMNO sebagai rakan komponen MCA yang dilihat senyap membisu ketika isu kedaulatan negara dicabar.

UMNO sebagai parti yang pernah memerintah negara selama lebih 60 tahun, seharusnya mempunyai rasa patriotik dengan mendahulukan kedaulatan negara, berbanding membelai jiwa parti komponen mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X