ARMADA BERI DAP SEMINGGU DISIPLINKAN RONNIE LIU

KUALA LUMPUR : Kenyataan Ronnie Liu yang mengatakan PH tidak perlukan Bersatu adalah kenyataan yang biadap dan tidak menghormati keharmonian diantara parti komponen dalam Pakatan Harapan.

ARMADA BERSATU seluruh Malaysia mendesak DAP untuk mendisiplinkan Ronnie Liu atas kebiadapan ini. Kami memberi masa sehingga satu minggu untuk Ronnie Liu memohon maaf atau pimpinan DAP disiplinkan beliau.

ARMADA BERSATU seluruh negara tidak akan teragak-agak untuk bertindak atas serangan biadap ini. Jika pimpinan DAP tidak melakukan apa apa, ARMADA akan bebas menyerang pimpinan DAP, termasuk pimpinan tertingginya.

Disokong oleh:
SYED SADDIQ
Ketua ARMADA BERSATU
Semua Ketua ARMADA NEGERI.
Semua EXCO ARMADA BERSATU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X