Sayap Anak Muda BERSATU
Membangun Negara, Membina Masa Depan Malaysia
ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada), menggesa Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti menjadi batu api berhubung isu Pakej Bantuan Rakyat.
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Asyraf Wajdi sepatutnya tahu bahawa kerajaan sedang berusaha menangani masalah pandemik Covid-19 serta ekonomi negara melalui Pelan Pemulihan Negara.
“Tak habis-habis mengadu domba. Umno sebahagian daripada kerajaan dan pemimpin Umno dalam Jemaah Menteri sedang bertungkus lumus menjayakan Pelan Pemulihan Negara.
“Jemaah Menteri ada tanggungjawab secara kolektif. Adakah saudara Dr Asyraf Wajdi Dusuki cuba katakan barisan Menteri Umno gagal bawa permasalahan rakyat ke Kabinet?
“Jangan lupa pula bahawa Menteri Kewangan hari ini tiada ruang yang banyak untuk kemudi kewangan negara kerana kedudukan fiskal terjejas teruk akibat skandal terdahulu seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Tabung Haji yang masih hantui rakyat,” katanya menerusi Facebook.
Beliau berkata, kewangan negara kini terkesan akibat daripada perbuatan pihak yang mencuri duit rakyat menerusi 1MDB.
“Berbilion wang rakyat yang dicuri melalui 1MDB sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat ketika ini.
“Mustahil selaku bijak pandai dalam Kewangan Islam tidak memahami kesan fiskal ke atas kerajaan hari ini hasil peninggalan skandal 1MDB yang didalangi oleh mantan Presiden Umno ketika itu DS Najib Razak?,” soalnya.
Tambahnya, kerajaan hari ini sentiasa mendengar semua pandangan yang diberikan oleh semua pihak.
Srikandi PPBM
Hakcipta Terpelihara © 2021 Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Diselenggara oleh PERDANA - Penerangan ARMADA Nasional.